Hanya Tinggal Kenangan
Awak , awak tahu kan saya masih sayangkan awak ? Kenapa berat sangat hati saya nak lupakan awak ? Saya sedang berusaha untuk melupakan awak . Saya rasa gembira sangat bila dapat tahu awak couple dengan dia walaupun hati saya sedih . Saya doakan awak kekal dengan dia sebab saya rasa dia memang layak untuk awak . Teringat masa kita couple , hampir setiap hari kita luangkan masa bersama . Paling saya tak boleh lupakan , masa awak nyanyikan lagu kegemaran awak kat saya . Rasa sayu bila terdengar lagu tu di radio . Saya minta maaf kerana buat awak kecewa dengan saya dulu . Saya faham sebab apa awak dah tak boleh buka hati awak kat saya . Terima kasih kerana pernah membahagiakan saya walaupun saya tak puas , saya hargainya sangat-sangat . Awak tahu tak , saya selalu pandang awak senyap-senyap kat sekolah . Saya rindu senyuman dan tawa awak . Awak lelaki yang paling susah saya nak lupakan . Walaupun awak muda dari saya , saya tak kisah . Gembira bila dapat bergurau senda dengan awak . Awak suka menyakat saya tapi saya tak kisah . Asalkan awk berada di sisi saya . Saya jarang taching dengan awak sebab saya tahu awak tak pandai pujuk perempuan . Setiap kali saya mesej awak , mesti saya cakap 'I miss you' Awak cakap saya ni pelik sebab kita baru jumpa dah rindu . Doakan saya untuk melupakan awak untuk selama-lamanya..
terime kasih kerana membaca
Posted by
(: Pilomon Monster :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan